| Syahira'z |
Cerpen-Capa Rengat
Sunday 16 June 2013 • 04:38 • 0 comments
 Capa Rengat 


Sinopsis
Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya.  Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto,  ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti belangkas.

            Pada sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di  bahagian tepi paya.

            Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali, “Aku” diajak bermain  rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan memecahkannya.

            “Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang  dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat  atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.

            Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina  jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su.  Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera.  “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.

            Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air.  “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat  dalam tidur.
 
Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

            Dalam keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan  terkenangkan wajah Su.

Persoalan


1.  Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh:  Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

2.  Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh:  Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.

3.  Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.

4.  Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
     Contoh:  Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.


Plot

 “Aku”
Ø  Seorang anak remaja
Ø  Menghargai alam sekitar
Ø  Proaktif dan cergas
Ø  Mempunyai pandangan bernas
Ø  Berfikiran positif

Ibu
Ø  Pertengahan usia
Ø  Tegas dengan pendirian
Ø  Sikap terburu-buru membuat keputusan
Ø  Prihatin terhadap orang lain
Ø  Berperilaku mesra

Su
Ø  Budak perempuan awal remaja
Ø  Bersikap periang
Ø  Aktif dan cergas
Ø  Bijak mengolah keadaan
Ø  Taat kepada ibu

Pakcik Kinto
Ø  Bapa saudara “Aku”
Ø  Mahir selok-belok di kampung
Ø  Mempunyai kemahiran menembak
Ø  Ikhlas melayani tetamu
Ø  Melaksanakan urusan dengan cekap
 





PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Prosa Traditional- Raja Muda
  • Cerpen-Capa Rengat
  • Cerpen-Anak penggunting Rambut
  • Syair Mendapat Gemala Naga
  • Syair-Perang Saudara Di Pahang
  • Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>