| Syahira'z |
Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
Tuesday 26 February 2013 • 07:58 • 0 comments

Maksud

Rangkap 1: Nasihat seorang ayah kepada anaknya supaya anaknya tidak bersifat pemalas dan berasa takut.
Rangkap 2: Sekiranya anaknya menjadi pemerintah kelak,dia mestilah jujur dalam melaksanakan tugasnya dan rajin apabila bekerja.
Rangkap 3: Kerja-kerja yang melibatkan kebajikan mestilah diutamakan.Setiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan perlu mengelakkan diri daripada sifat malas.
Rangkap 4: Anaknya juga mestilah rajin menuntut ilmu.Ilmu yang baik mestilah dipelajari dan bukannya mempelajari ilmu yang tidak berfaedah.Ilmu yang bermanfaat terdapat di dalam kitab.
Rangkap 5: Pelajaran perlu diutamakan daripada perkara-perkara yang lain.Selain itu,hukum yang bersandarkan agama islam juga tidak boleh dipinggirkan agar tidak mendapat malu pada kemudian hari.
Rangkap 6: Jika sesuatu perbuatan itu disertai dengan ilmu,anaknya akan memperoleh kebajikan.Jika dipelajari sesuatu yang tidak menetu,anaknya akan mendapat masalah.
Rangkap 7: Ilmu pengetahuan mempunyai banyak kelebihannya.Melalui ilmu,kita dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan.Selain itu,ilmu pengetahuan juga membolehkan kita mengetahui sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya.Pelaksanaan hukuman secara adil juga dapat dilakukan sekiranya kita mempunyai ilmu pengetahuan.
Rangkap 8:Anaknya akan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah rakyat jika dia tidak mementingkan ilmu pengetahuan.Setiap masalah hanya dapat diselesaikan jika kita berilmu.

Tema

Syair ini bertemakan nasihat daripada seorang bapa kepada seorang anak-Seorang bapa memberikan nasihat kepada anaknya supaya mengelakkan diri daripada sifat negatif seperti malas,sebaliknya hendaklah rajin bekerja dan sekiranya menjadi pemimpin hendaklah bersifat jujur.

Persoalan

1.Kepentingan ilmu: Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan.Oleh itu,menuntut ilmu adalh wajib bagi seseorang dan hendaklah menuntut ilmu yang berfaedah.
2.Kesan tidak berilmu:Seseorang yang tidak berilmu akan menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupannya.Pemerintah yang tidak berilmu akan mengalami kesukaran,terutamanya untuk menyelesaikan masalah rakyat.
3.Peranan raja atau pemimpin:Raja atau pemimpin mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap rakyatnya.Sebarang hukuman yang dikenakan ke atas rakyat mestilah diadili dengan teliti dan saksama.


Gaya Bahasa

Inversi:Frasa menuntut ilmu janganlah segan pada rangkap 4,baris 1 (ayat yang sepatutnya ditulis ialah 'janganlah segan menunut ilmu')
Simile:Pengarang membandingkan hati yang jernih seperti air di dalam gelas pada rangkap 3,baris 3 dan baris 4.

Unsur Bunyi

1.Asonansi
2.Aliterasi


Nilai

1.Kerajinan-Rajin menuntut ilmu.Dengan ilmu,seseorang itu akan menjadi labih bijak dalam sesuatu hal.
2.Menuntut ilmu-Ilmu yang dituntut mestilah bijak dan berfaedah.Ilmu yang berfaedah akan memberikan keuntungan.
3.Keadilan-Adil dalam melaksanakan sesuatu hukuman ke atas kesalahan rakyat.


Pengajaran

1.Kita mestilah rajin menuntut ilmu.Dengan menuntut ilmu,seseorang itu akan mendapat menambah pengetahuan.
2.Kita mestilah bersikap adil dalam menjalankan hukuman.Setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang pasti akan menerima hukuman sekiranya terbukti bersalah.Walau bagaimanapun,hukuman yang dikenakan mestilah adil supaya tidak menganiaya mana-mana pihak.
3.Kita jangan sesekali bersikap pemalas dan berasa takut.Sikap malas dan perasaan takut merupakan sikap-sikap negatif yang perlu dielakkan.
4.Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sesuatu perkara.Keperibadian seseorang dapat diukur melalui kejujurannya.
5.Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.Perkara-perkara yang negatif saperti melanggar perintah Allah akan mendatngkan masalah kepada kita.


PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>