| Syahira'z |
Pantun Empat kerat (Agama)
Friday 22 February 2013 • 05:38 • 0 comments


Pantun Empat Kerat (Agama)
Maksud
Rangkap 1 : Walaupun seseorang itu tidak boleh mencapai sesuatu yang diingini di dunia ini,dia akan memperolehnya di dalam syurga kelak.
Rangkap 2 : Hidup di dunia ini sementara sahaja kerana akhiratlah tempat yang kekal buat selama-lamanya.
Rangkap 3 :                     Orang yang beriman juga melakukan kesalahan dan dosa,apatah lagi orang biasa.
Rangkap 4 : Seseorang yang tidak mengerjakan sembahyang sewaktu hayatnya akan menangis di pintu kubur setelah dia meninggal dunia.
Rangkap 5 : Perwatakan luaran tidak dapat melambangkan keimanan seseorang,tetapi boleh dilihat pada amalannya.
Rangkap 6 : Kadand-kadang manusia menginginkan sesuatu,tetapi tidak tercapai hal ini kerana setiap yang berlaku telah ditentukan olah Allah Yang Maha Esa.

Tema
Pantun ini bertemakan keagamaan-Memberikan panduan tentang amal ibadat dan keimanan kepada Tuhan.Nasihat dihuraikan sama ada secara terang-terangan atau secara simbolik kepada pembaca demi kebaikan bersama.

Persoalan
1.Kesementaraan hidup: Kehidupan setiap makhluk di dunia ini tidak akan berkekalan dan sekadar pinjaman semata-mata.
2.Kesan mengabaikan ibadat:Seseorang yang mengabaikan tanggungjawab terhadap agama akan mendapat balasan yang sewajarnya daripada Allah Yang Maha Esa.
3.Manusia dan dosa:Setiap manusia di dunia ini tidak lekang daripada melakukan dosa dan kesalahan,tidak kira pangkat mahupun darjat.Orang yang jahil dikatakan lebih banyak dosanya daripada orang yang beriman.
4.Kekuasaan Tuhan: Merujuk kepada usaha ataupun ikhtiar manusia yang kadang-kadang tidak kesampaian.Segala-galanya telah ditentukan oleh Allah Yang Maha Esa.

Gaya Bahasa
Anofara Berselang: Pengulangan frasa tidak boleh pada rangkap 6,baris 1 dan baris 3.
Inversi: Frasa menangis mayat di pintu kubur pada rangkap 4,baris 3, (ayat yang sepatutnya ditulis ialah ‘mayat menangis di pintu kubur’
Sinkope:Penggunaan kata kau dan tak pada rangkap 1,baris 3 (Kata ‘kau’ ialah kependekan kata ‘engkau’ dan ‘tak’ ialah kependekan kata ‘tidak’.

Nilai
1.Keinsafan:Menginsafi diri bahawa manusia itu jauh terlalu lemah jika dibandingkan dengan kuasa Tuhan.Manusia juga mestilah insaf dan sedar dunia ini hanya bersifat sementara.
2.Keimanan:Beriman dan patuh akan perintah Allah.Beriman kepada Allah bererti mentaati suruhannya dan menjauhi larangannya.

Pengajaran
1.Kita mestilah beriman kepada Allah dengan mentaati perintahnya agar mendapat balasan baik di akhirat kelak.
2.Kita mestilah menyedari bahawa hidup ini bersifat sementara sahaja.
3.Kita mestilah menginsafi bahawa Tuhan lebih berkuasa ke atas manusia.Manusia ialah makhluk yang lemah dalam setiap aspek dan kita mestilah mengaku kebesaran Allah Yang Maha Esa.




PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>