| Syahira'z |
Pantun Muhibah dan Perpaduan
Monday 18 February 2013 • 18:43 • 0 comments

Pantun Empat Kerat (Muhibah dan perpaduan)


Maksud

Rangkap 1: Kepentingan mengamalkan cara hidup muhibah.Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbilang bangsa,lantaran itu semangat muhibah sangat penting.
Rangkap 2: Walaupun rakyat di Malaysia berbilang bangsa dan berbeza budaya,mereka tetap hidup bersatu padu kerana wujudnya semangat muhibah.
Rangkap 3: Harapan agar setiap anggota masyarakat mengamalkan semangat bekerjasama dalam segenap urusan.Hal ini memperlihatkan wujudnya sikap bersatu padu.
Rangkap 4: Sungguhpun rakyat di Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa,perkara ini bukan penghalang untuk mewujudkan bangsa yang bersatu padu.
Rangkap 5: Hasrat supaya setiap bangsa mengekalkan kebudayaan masing2 di samping memperkukuhkan kebudayaan nasional.

Tema

Pantun ini bertemakan semangat muhibah dan perpaduan-Semangat ini perlu diamalkan terutamanya bagi negara yang berbilang bangsa seperti di Malaysia.Semangat ini dapat disemai apabila rakyat memahami adat yang diamalkan oelh bangsa2 yang lain serta sentiasa bekerjasama dalam setiap urusan.

Persoalan

1.Kepentingan bekerjasama:Kerjasama sangat penting dalam hidup bermasyarakat walaupun negara kita dihuni pelbagai bangsa.
2.Kepelbagaian budaya dalam masyarakat: Pelbagai budaya dapat dilihat di Malaysia kerana negara kite terdiri daripada masyarakat majmuk.
3.Kepentingan hidup bersatu padu: Hidup bersatu padu sangat penting bagi sesebuah negara,apatah lagi jika mempunyai masyarakat uang pelbagai bangsa dan berlainan agama.Salah satu cara untuk mengukuhkan perpaduan adalah dengan mengamalkan elemen kejiranan.
4.Negara berbilang kaum: Meskipun negara kita didiami pelbagai kaum,tetapi negara kita aman dan makmur kerana wujudnya sikap bersatu padu sesama masyarakat.

Gaya Bahasa

Simile:Pengarang membandingkan senyuman Tuan puteri dari kayangan manis seperti madu pada rangkap 4,baris 2.
Anafora:Pengulangan kata kebudayaan pada rangkap 5,baris 3 dan baris 4.

Nilai

1. Bekerjasama:Bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan bermasyarakat.
2.Hormat-menghormati:Menghormati budaya setiap kaum yang menghuni negara ini.
3.Bersatu padu: Hidup bersatu padu walaupun berbeza dari segi agama,bangsa dan budaya.

Pengajaran

1.Kita mestilah bekerjasama tidak kira bangsa dan agama dalam sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum seperti Malaysia.
2.Kita mestilah mengekalkan perpaduan kaum demi mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai.
3.Kita hendaklah mengekalkan budaya sendiri dan menghormati budaya masyarakat lain.


PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>