Sajak-Warkah kepada generasi
Tuesday 9 July 2013 • 06:48 • 0 comments Tema Sajak ini bertemakan semangat patriotik-Semangat perjuangan yang diperlihatkan oleh nenek moyang dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan tanah air.Generasi muda diseru supaya menjadi bangsa yang berani bermaruah,memartabatkan serta medaulatkan tanah air yang tercinta. Gaya Bahasa Metafora Frasa akar sejarah yang melambangkan kemerdekaan negara pada rangkap 3,baris 2. Sinkope Penggunaan kata ku pada rangkap 3,baris 2 (kata 'ku' ialah kependekan kata 'aku') Pengajaran 1.Kita mestilah mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air,terutamanya untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dimiliki. 2.Kita mestilah mempunyai perasaan cinta akan tanah air.Generasi lama mempunyai perasaan cinta akan tanah air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup berjuang demi membebaskan negara daripada musuh. 3.Kita jangan bersikap alpa detelah negara mencapai kemerdekaan.Generasi kini mestilah sentiasa berwaspada supaya tanah air tidak dijajah lagi.
#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#
Sajak-Laut
• 06:33 • 0 comments Tema Sajak ini bertemakan keindahan alam semulajadi-Mengungkapkan keaguman penyajak terhadap keindahan alam,iaitu laut dan hidupan di sekitarnya serta menceritakan keindahan kehidupan nelayan yang bergantung hidup pada laut. Gaya Bahasa Personifikasi Memberikan sifat manusia kepada ombak,iaitu menyapa pada rangkap 3,baris 3. Anafora Pengulangan frasa laut ini begitu pada rangkap 1,baris 1 hingga baris 3. Sinkope Penggunaan kata ku pada rangkap 3,baris 1 dan baris 2 (Kata 'ku' ialah kependekan kata 'aku') Pengajaran 1.Kita hendaklah memelihara alam sekitar dengan sebaik-baiknya yang mungkin untuk mewujudkan keharmonian alam. 2.Kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki yang halal. 3.Kita mestilah menghargai anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.
#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#
Sajak-Burung-burung pagi
Monday 1 July 2013 • 06:18 • 0 comments TEMA Sajak ini bertemakan kegigihan mencari rezeki-Kegigihan yang diperlihatkan oleh burung untuk mencari rezeki pada setiap hari walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan. GAYA BAHASA PERSONAFIKASI Memberikan sifat manusia kepada kerja,iaitu menanti pada rangkap 2,baris 4. SINKOPE Penggunaan kata mu pada rangkap 1,baris 2 (Kata 'mu' ialah kependekan kata 'kamu') PERSOALAN 1.Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan. 2.Kita mestilah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai rintangan. 3.Kita hendaklah memikirkan kesan-kesan negatif pembangunan terutamanya kepada kehidupan lain.
#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#
Sajak-Hari Guru
• 05:57 • 0 comments
TEMA
Sajak ini bertemakan tugas dan tanggungjawab guru-Tugas dan tanggungjwab guru sangat besar dan berat pada masa kini.Jasa guru tetap dikenang dan diingati pada setiap tahun dan guru mendapat pengiktirafan daripada murid-murid.
GAYA BAHASA
METAFORA
Frasa tunas bangsa yang melambangkan remaja masa kini (murid sekolah)
pada rangkap 1,baris 8.
ANAFORA
Pengulangan kata ada pada rangkap 3,baris 2 hingga baris 5.
SINKOPE
Penggunaan kata tak pada rangkap 2,baris 7 (kata 'tak' ialah kependekan kata 'tidak')
PENGAJARAN
1.Kita mestilah menghormati guru sebagai golongan yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada masyarakat.Kita boleh melakukan pelbagai cara untuk menunjukkan penghargaan kepada golongan ini seperti memberikan hadiahdan bertegur sapa apabila bertemu dengan mereka.
2.Kita hendaklah memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baik yang mungkin.Harapan ibu bapa sangat tinggi terhadap guru-guru yang mendidik anak-anak mereka.
3.Kita hendaklah tabah dalam menempuh cabaran dalam kehidupan.
#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#
Cerpen-Capa Rengat
Sunday 16 June 2013 • 04:38 • 0 comments
Capa Rengat
Sinopsis
Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang
ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa
saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit
di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta
menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti
belangkas.
Pada
sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi
untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama
di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung.
Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain
di bahagian tepi paya.
Seorang
budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka. Permainan yang
dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya tetapi
kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali,
“Aku” diajak bermain rumah katak. Setiap
kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan memecahkannya.
“Aku”
cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-rupanya, Su
begitu lincah meniti batang dan melompat
hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan
sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga
melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila
berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba,
ketika “Aku” dan Su asyik membina jalan
menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun
menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke
rumah dengan segera. “Aku” mengenal
pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan
sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.
Pada
sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di
dalam botol berisi air. “Aku” ingin
merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat
dalam tidur.
Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri
lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu
memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku”
berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin
mendayu-dayu.
Dalam
keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk
pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak
pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan
ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yang
sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
Persoalan
1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia
melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang
tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.
2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti
persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku
menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung
walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.
3.
Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang
nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.
4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan
bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.
Plot
“Aku”
Ø
Seorang
anak remaja
Ø
Menghargai
alam sekitar
Ø
Proaktif
dan cergas
Ø
Mempunyai
pandangan bernas
Ø
Berfikiran
positif
Ibu
Ø
Pertengahan
usia
Ø
Tegas
dengan pendirian
Ø
Sikap
terburu-buru membuat keputusan
Ø
Prihatin
terhadap orang lain
Ø
Berperilaku
mesra
Su
Ø
Budak
perempuan awal remaja
Ø
Bersikap
periang
Ø
Aktif
dan cergas
Ø
Bijak
mengolah keadaan
Ø
Taat
kepada ibu
Pakcik Kinto
Ø
Bapa
saudara “Aku”
Ø
Mahir
selok-belok di kampung
Ø
Mempunyai
kemahiran menembak
Ø
Ikhlas
melayani tetamu
Ø
Melaksanakan
urusan dengan cekap
|
Meet the owner
TALKIE TALKING
FOLLOWERS UPDATE STATUS
♥ >> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am
♥ >> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; CREDIT SECTION |