| Syahira'z |
Cerpen-Anak penggunting Rambut
Wednesday 6 March 2013 • 18:37 • 0 comments


Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang bapa yang mencari pendapatan sampingan sebagai penggunting rambut.Kehidupan mereka sekeluarga sangat bahagia walaupun tanpa seorang ibu.Manisah atau Manis merupakan anak tunggal dalam keluarga.Bapanya sentiasa menggunting rambut Manis seperti lelaki,supaya senanag menguruskan rambut Manis,serta mahu membentuk Manis menjadi anak yang kuat dan tidak manja.


Tema

Cerpen ini bertemakan hubungan kekeluargaan.Manis dan ayahnya,iaitu 'aku' mempunyai hubungan yang sangat akrab.'Aku' sanggup melakukan pengorbanan untuk anak-anaknya,terutamanya Manis.

Persoalan

1.Kasih-sayang dalam kekeluargaan-Bapanya sangat menyayangi Manis sanggup melakukan pengorbanan yang sangat besar terhadap anak perempuannya itu.

2.Takdir yang tidak dapat dielakkan-Kematian Manis tidak dapat dielakkan,Manis menghidap penyakit Leukimia walaupun usianya masih muda,namun tidak dapat diselamatkan.Bapanya redha dengan pemergian Manis.


Plot

Permulaan
Memperkenalkan watak 'aku' dan Manis.Manis ialah satu-satunya anak perempuan 'aku'.'Aku' ialah seorang tukang gunting rambut dan dikenali ramai di kampung kelahirannya.

Perkembangan dan perumitan
Selepas isteri 'aku' meninggal dunia,'aku' mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anaknya dan menguruskan keluarga,termasuklah menggunting rambut Manis.Manis suka berambut pendek.Manis rajin menolong 'aku' di kedai gunting seperti menyediakan kelengkapan menggunting.Manis masih berambut pendek ketika Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah,malah menjadi ikutan rakan-rakannya.Manis melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur,Manis semakin sibuk dan jarang-jarang pulang ke kampung bertemu 'aku'.'Aku' rindu akan Manis.

Klimaks
'Aku' menerima panggulan daripada kawan Manis dan memberitahu bahawa Manis dimasukkan ke hospitak di Kuala Lumpur.kerana sakit.'Aku' dan ketiga-tiga orang anaknya bergegas ke Kuala Lumpur dan mngetahui bahawa Manis menghadapi Leukimia.Rambut Manis semakin berkuranagn dan kelihatan kepalanya yang separuh botak.Akhirnya Manis meninggal dunia di atas pangkuan 'aku'.

Peleraian
'Aku' tidak lagi bekerja sabagai tukan penggunting rambut dan sentiasa merindui Manis.'Aku' berharap semoga Manis tidak mengesali hidupnya kerana mempunyai ayah seperti 'aku'.


Nilai

1.Kasih sayang-Merujuk perasaan kasih -sayang 'aku' terhadap anaknya,Manis.Manis juga menyayangi 'aku' apatah lagi setelah kematian ibu.Manis selalu pulang ke kampung setiap kali cuti persekolahan.
2.Kegigihan-'Aku' sangat gigih bekerja demi mencari rezeki dan membesarkan anak-anaknya setelah pemergian isteri.


PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Syair Mendapat Gemala Naga
  • Syair-Perang Saudara Di Pahang
  • Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>