| Syahira'z |
Syair Mendapat Gemala Naga
Monday 4 March 2013 • 18:51 • 0 comments


Maksud

Rangkap 1:Dewa bercita tentang kesengsaraannya akibat perbuatan saudaranya sendiri.Dia telah berada di dalam penjara selama satu tahun.
Rangkap 2:Semua perkara diceritakannya kepada naga dan tidak ada satu pun yang disembunyikannya.Apabila naga mendengar cerita daripada dewa,naga berasa simpati lalu memberikan gemalanya kepda dewa.
Rangkap 3:Naga itu memberitahu dewa bahawa gemala pemberiannya itu mempunyai nilai yang sangat tinggi,iaitu sama dengan harga tujuh buah negeri.Setiap kehendak dewa akan diperolah daripada gemala itu.
Rangkap 4:Sekiranya ada yang terkena bisa,air dari gemala itu boleh disapukan dan jika diizinkan oleh Allah,penyakitnya akan sembuh.
Rangkap 5:Gemala tersebut boleh digunakan jika hendak pergi berperang kerana dapat mengeluarkan ramai tentera dapat mengeluarkan ramai tentera dan akan muncul 12 orang hulubalang yang garang.
Rangkap 6:Setelah dewa mendengar kata-kata daripada naga itu,dia pun berasa gembira dan dengan tidak membuang masa,dewa terus berjalan meninggalkan tempat itu.
Rangkap 7:Dewa terus berjalan di kawasan persisiran berhampiran dengan laut.Dewa berjalan siang dan malam untuk menuju ke negeri Inderanegara.
Rangkap 8:Pada waktu pagi,dewa tiba di hujung negeri Inderanegara dan bertemu dengan rumah nenek kebayan.


Tema

Syair ini bertemakan kesengsaraan dalam menempuh kehidupan-Dewa menghadapi kesukaran hidup apabila dia dianiya saudaranya sendiri.

Persoalan

1.Bersimpati atas kesusahan hidup orang lain-Naga berasa simpati atas penderitaan hidup dewa.Naga telah memberikan sebutir gemala(batu hikmat) untuk keselamatan atas kemudahan dewa.
2.Kegigihan dalam menempuh halangan-Dewa mengharungi pelbagai halangan dalam hidupnya termasuk menanggung kesengsaraan akibat daripada perbuatan saudaranya.Dewa juga terpaksa mengembara dari sebuah tempat ke sebuah tempat yang lain.
3.Keistimewaan gemala-Gemala yang diberikan oleh naga kepada dewa mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Gemala itu boleh mengeluarkan pahlawan dan menyembuhkan diri daripada bisa atau penyakit.


Gaya bahasa

Inversi
Frasa bertemulah rumah sebuah berdiri pada rangkap 8,baris 3 (Ayat yang sepatutnya ditulis ialah 'bertemulah rumah berdiri sebuah')

Epifora
Pengulangan kata orang pada rangkap 5,baris 2 dan baris 3.

Unsur Bunyi

Asonansi
1.Pengulangan vokal a pada rangkap 7,baris 1.
2.Pengulangan vokal e pada rangkap 7,baris 4.

Alitersi
1.Pengulangan konsonan b pada rangkap 3,baris 1.
2.Pengulangan konsonan g pada rangkap 5,baris 4.


Nilai

1.Bersimpati-Simpati yang ditunjukkan oleh naga terhadap dewa.Naga telah memberikan gemala hikmat kepada dewa untuk memudahkan pengembaraan dewa.
2.Ketabahan-Ketabahan dewa dalam menempuh pelbagai cabaran seperti berada di dalam penjara selama satu tahun dan berjalan dari sebuah tempat ke sebuah tempat yang lain.
3.Hormat menghormati-Dewa meminta izin daripada naga untuk mengundurkan diri dan meneruskan perjalanannya.
4.Kejujuran-Dewa menceritakan kepada naga tentang peristiwa yang berlaku ke atas dirinya.Dia tidak menyembunyikan apa-apa rehsia daripada naga.


Pengajaran

1.Kita mestilah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
2.Kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain.
3.Kita jangan sesekali menganiaya orang lain kera perbuatan tersebut akan menzalimi meraka.


PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Syair-Perang Saudara Di Pahang
  • Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>