| Syahira'z |
Syair-Perang Saudara Di Pahang
Monday 4 March 2013 • 18:12 • 0 comments

Maksud

Rangkap 1:Pengarang meringkaskan kisah yang hendak disampaikannya,iaitu tentang satu peperangan.
Rangkap 2:Disebuah negeri,diceritakan tentang putera sulung seorang raja yang bernama Bendahara Tun Tahir.Baginda telah memangku pemerintahan ayahanda baginda.
Rangkap 3:Encik Engku Ahmad pula merupakan adinda yang kelima kepada Bendahara Tun Tahir.Baginda mempunyai keperibadian yang baik.
Rangkap 4:Tidak berapa lama selepas itu,Encik Engku Ahmad pergi mengembara ke Singapura untuk menghiburkan hatinya yang sedih.
Rangkap 5:Tidak berapa lama selepas berlayar,baginda tiba di Singapura.Baginda berlabuh di Kampung Gelam dan mendiami sebuah istana di tempat itu.
Rangkap 6:Bagibda tinggal bersama-sama seorang anakanda Sultan Singapura,iaitu Tengku Jaafar.Baginda bersahabat baik dengan Tengku Jaafar.
Rangkap 7:Setelah itu,baginda diiringi oleh ramai rakan ke pangkalan untuk meneruskan pengambaraannya.Sebaik-baik sahaja baginda menaiki kapal,mereka yang menhantar baginda pun pulang.
Rangkap 8:Baginda telah berlayar ke arah barat dan menurut cerita,baginda menuju ke Kemaman.
Rangkap 9:Tidak lama selepas itu,baginda tiba di Kemaman..Baginda berhenti di situ atas kehendak Sultan Terengganu.
Rangkap 10:Di Kemaman,baginda bermuafakat dengan Sultan Terengganu untuk menyerang negeri Pahang.


Tema

Syair ini bertemakan pengembaraan seorang anak raja-Pengembaraan  ynag dilakukan oleh Engku Encik Ahmad dari sebuah negari ke sebuah negeri.Kehadiran baginda di Singapura disambut baik oleh penduduk setempat.Pada suatu ketika,baginda berhajat untuk menyerang Negeri Pahang.Dalam perjalannya,baginda singgah di negeri Terengganu.

Persoalan

1.Adat menyambut tetamu-Encik Engku Ahmad disambut baik oleh penduduk di Singapura dan baginda ditempatkan di sebuah istana,bersama-sama anakandanya Sultan Singapura yang bernama Tengku Jaafar.
2.Peluasan pengaruh-Keinginan Encik Engku Ahmad menyerang negeri Pahang adalah untuk meluaskan pengaruhnya.
3.Kerjasama untuk mencapai kejayaan-Kerjasama yang dilakukan oleh Sultan Terengganu dengan Encik Engku Ahmad untuk menyerang negeri Pahang.

Gaya Bahasa

Inversi-Frasa hendak melanggar Pahang negara pada rangkap 10,baris 4 (Ayat yang sepatutnya ditulis ialah 'hendak melanggar negara Pahang')

Unsur Bunyi

Asonansi
1.Pengulangan vokal a pada rangkap 5,baris 1.
2.Pengulangan vokal e pada rangkap 2,baris 3.

Aliterasi
1.Pengulangan konsonan k pada rangkap 3,baris 3.
2.Pengulangan konsonan n pada rangkap 7,baris 1.


Nilai

1.Hormat menghormati-Kunjungan Encik Engku Ahmad di Singapura disambut baik oleh penduduk setempat dan Sultan Singapura.
2.Bekerjasama-Kerjasama antara Encik Engku Ahmad dengan Sultan Terengganu untuk menyerang negeri Pahang.
3.Keberanian-Keberanian yang diperlihatkan oleh Encik Engku Ahmad untuk menyerang negeri Pahang.
4.Kegigihan-Kegigihan yang ditunjukkan oleh Encik Engku Ahmad apabila mengenbara dari sebuah negeri ke sebuah negeri untuk mencapai cita-citanya.


Pengajaran

1.Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.Kerjasama sangat penting untuk memudahkan sesuatu urusan atau pekerjaan.
2.Kita hendaklah menghormati tetamu terutamanya dalam kehidupan bermasyarkat.
3.Kita hendaklah gigih dan tekun dalam melaksanakan sesuatu perkara demi mencapai cita-cita.


PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>