| Syahira'z |
Prosa Traditional- Raja Muda
Thursday 14 March 2013 • 19:02 • 0 comments


Sinopsis

Prosa traditional ini mengisahkan tentang Raja Muda yang berkahwin kali kedua dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.Semasa perkahwinan tersebut,Tuan Puteri Bidadari Segerba,iaitu isteri pertama Raja Muda yang hamil selama enam bulan telah turun ke bumi.Kemudian,Tuan Puteri Bidadari Segerba telah memindahkan kandungannya kepada madunya.Di akhir cerita,kehidupan Raja Muda sangat bahagia,apabila dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Puteri Renik Jintan Seri Kamala Keinderaan.


Tema

Cerita ini bertemakan kasih sayang dalam institusi kekeluargaan.

Persoalan

1.Pengorbanan-Pengorbanan isteri kepada madunya,Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan anak dalam kandungannya ke rahim Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan kembali ke kayangan.

2.Kesabaran-Kesabaran dalam menempuh dugaan rumah tangga Puteri Bidadari Segerba sabar menunggu kepulangan suaminya,Raja Muda di kayangan.

3.Bertolak Ansur-Bertolak ansur dalam kehidupan berpoligami Puteri Bidadari Segerba sanggup turun ke bumi buat kali kedua bagi menenangkan Puteri Kuntum Ratna Suri yang sakit hendak bersalin,walaupun hatinya terluka dengan tindakan Raja Muda memadukannya.

Latar

i)Latar masa
 Latar masa dalam prosa ini adalah waktu tengahhari,iaitu ketika Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melahirkan    seorang puteri.Seterusnya pada malam hari,iaitu ketika Raja Muda bermain-main pasir dengan isterinya di   Tasik Mendam Berahi.

ii)Latar tempat
 Latar tempat dalam prosa ini adalah di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki,iaitu sebuah negeri yang menabalkan Raja Muda sebagai sultan dengan gelaran Sultan Muda Gempita Sakti.Seterusnya di kayangan,iaitu tempat tinggal isteri pertama Raja Muda,Tuan Puteri Bidadari Segerba.Selain itu,di Tasik Mendam Berahi,iaitu tempat Raja Muda bersama puterinya bersuka-suka.

iii)Latar masyarakat
 Latar masyarakat dalam prosa ini adalah masyarakat yang tinggal di alam kayangan,contohnya Tuan Puteri Bidadari Segerba tinggal di alam kayangan bersama ayahandanya.Seterusnya masyarakat mengiktiraf seseorang untuk dijadikan sultan,contohnya Raja Muda telah pergi ke negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dan di negeri tersebut Raja Muda telah ditabalkan menjadi sultan dengan gelaran Sultan Muda Gempita Sakti.Seterusnya,masyarakat yang akur akan perintah sultan,contohnya rakyat membuat persiapan melengkapkan Tasik Mendam Berahi apabila Raja Muda mahu turun ke tempat tersebut.



PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Cerpen-Capa Rengat
  • Cerpen-Anak penggunting Rambut
  • Syair Mendapat Gemala Naga
  • Syair-Perang Saudara Di Pahang
  • Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>