| Syahira'z |
Cerpen-Capa Rengat
Thursday 7 March 2013 • 07:39 • 0 comments

Isi Cerita

'Aku' pulang ke kampung buat kali pertama.Kampung itu terletak jauh di kawasan pedalaman.Di kampung,Pak Cik Kinto sering membawa 'aku' bersiar-siar ke kawasan bukit-bukit di belakang rumah.Udara di kawasan itu sungguh nyaman.Pada petang itu,Pak Cik Kinto ke pekan kerana mempunyai urusan dengan peguam.'Aku' mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar kampung sendirian.Di kawasan paya,'aku' bertemu dengan beberapa orang budak kampung yang sedang bermain-main.Tiba-tiba,seorang budak perempuan menegur dan dan mempelawa 'aku' supaya bermain bersama-sama mereka.Walaupun pada mulanya 'aku' enggan,akhirnya 'aku' bersetuju dan mengikuti mareka.'Aku' berasa sangat gembira apabila bermain dengan mereka dan merasakan perbezaan antara rakan-rakannya di bandar dengan budak-budak kampung itu.'Aku' bermain pelbagai permainan termasuklah membina rumah-rumah katak.Budak perempuan itu telah memberikan bunga Capa Rengat atau bunga Melur hutan kepada 'aku' dan menyuruh 'aku' menyimpan bunga itu dengan baik.Sedang mereka bermain-main,tiba-tiba muncul seorang budak lelaki dan memanggil budak perempuan itu pulang ke rumahnya.'Aku' mengetahui nama budak perempuan itu,iaitu Su apabila mendengar namanya dipanggil oleh budak lelaki itu.
  Tiba waktunya,'aku' terpaksa mengikut ibu untuk kembali semula ke bandar kerana urusan ibu telah selesai.Apabila 'aku' menanyakan bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung lagi kerana tanah dan rumah pusaka itu telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto sekeluarga.'Aku' berasa sangat sedih dan berat hati untuk meninggalkan kampung.Perasaan sepi dan sayu menguasai diri 'aku'.'Aku' juga melihat bunga Capa Rengat pemberian Su yang semakin layu dan 'aku' semakin mengingati Su.


Tema

Cerpen ini bertemakan kesedihan akibat perpisahan-Perpisahan yang terpaksa dihadapi oleh 'aku' dengan rakan-rakannya di kampung.'Aku' juga terpaksa berpisah dengan Pak Cik Kinto dan mak cik nya di kampung kerana ibu bertindak menjula rumah dan tanah pusaka mereka di kampung kepada pak ciknya.'Aku' berasa sangat sedih untuk meninggalkan kampung.


Persoalan

1.Nilai persahabatan- Persahabatan yang terjalin dalam suasana yang mesra.'Aku' mengenali rakan-rakan baharu walaupun berada di kampung dalam jangka masa yang singkat.Persahabatan yang terjalin menyebabkan 'aku' berasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan rakan-rakanya itu.

2.Keriangan pada zaman kanak-kanak-Kanak-kanak di kampung hidup dengan bebas dan penuh dengan keriangan kerana mereka dapat bermain pelbagai permainan tradisi.Mereka tidak begitu terkongkong oleh keluarga malah dapat bermain-main di tempat-tempat yang disukai oleh mereka.Su dan rakan-rakannya riang bermain di tepi paya dan mereka berasa gembira apabila membina rumah-rumah katak  di situ.


Plot

Permulaan
  'Aku' berasa gembira kerana dapat pulang ke kampung buat kali pertama walaupun pada mulanya 'aku' tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat itu.'Aku' pulang bersama-sama ibu.Di kampung,Pak Cik Kinto membawa 'aku; bersiar-siar ke kawasan bukit di belakang rumah.Suasana dan pemandangan di kampung sangat mendamaikan jiwa 'aku'.

Perkembangan dan perumitan
  Pada petang itu,'aku' berjalan-jalan mengelilingi kampung sendirian kerana Pak Cik Kinto mempunyai urusan di bandar.Di kawasan paya,'aku' bertemu dengan beberapa orang budak kampung yang sedang bermain-main di situ.Salah seorang daripada budak-budak kampung itu,iaitu Su mempelawa 'aku' supaya bermain bersama-sama mereka.'Aku' berasa sangat gembira apabila dapat bermain pelbagai jenis permainan seperti kejar-kejar dan membina rumah katak.Su telah menghadiahkan sejambak bunga Capa Rengat atau Melur hutan kepada 'aku' dan meminta 'aku' supaya menyimpannya dengan baik.
  Tiba-tiba seorang budak lelaki datang dan bercakap-cakap dengan Su.Lantaran,Su segera meminta diri untuk pulang ke rumahnya.Pada malam itu,'aku' tidur bersebelahan dengan bunga Capa Rengat pemberian Su.

Klimaks
  'Aku' bertanya kepada ibunya tentang kepulangan mereka lagi ke kampung itu.Ibu memberitahu 'aku' bahawa mereka tidak akan pulang lagi ke tempatt itu kerana tanah dan rumah pusaka milik ibu telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto sekeluarga.

Peleraian
'Aku'' berasa sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan kampung untuk selama-lamanya.'Aku',menangis apabila memandang bunga Capa Rengat yang semakin layu dan bertaburan di merata-rata tempat kerana bunga itu mengingatkan 'aku' kepada rakannya,iaitu Su.

Nilai

1.Kasih-sayang-Merujuk perasaan kasih-sayang sesama sahabat.'Aku' berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang baru dikenalinya di kampung.

2.Kesederhanaan-Kesederhanaan hidup penduduk di kampung.Kanak-kanak di kampung hidup dalam keadaan serba sederhana.

3.Baik-hati-Su seorang yang baik hati apabila memberikan bunga Capa Rengat kepada 'aku'.Su juga memberitahu 'aku' cara--cara untuk menjaga bunga itu supaya dapat tahan dengan lebih lama.







PASTFUTURE
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

>> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


>> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Cerpen-Anak penggunting Rambut
  • Syair Mendapat Gemala Naga
  • Syair-Perang Saudara Di Pahang
  • Syair Nasihat(Penghujung Thamarat Al-Muhimmah)
  • Aspek Kajian Sastera
  • Pantun Empat kerat (Agama)
  • Pantun Muhibah dan Perpaduan
  • Pantun Nasihat

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥)

    <>