| Syahira'z |
Sajak-Warkah kepada generasi
Tuesday, 9 July 2013 • 06:48 • 0 comments


Tema
Sajak ini bertemakan semangat patriotik-Semangat perjuangan yang diperlihatkan oleh nenek moyang dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan tanah air.Generasi muda diseru supaya menjadi bangsa yang berani bermaruah,memartabatkan serta medaulatkan tanah air yang tercinta.


Gaya Bahasa

Metafora
Frasa akar sejarah yang melambangkan kemerdekaan negara pada rangkap 3,baris 2.

Sinkope
Penggunaan kata ku pada rangkap 3,baris 2 (kata 'ku' ialah kependekan kata 'aku')



Pengajaran

1.Kita mestilah mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air,terutamanya untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dimiliki.

2.Kita mestilah mempunyai perasaan cinta akan tanah air.Generasi lama mempunyai perasaan cinta akan tanah air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup berjuang demi membebaskan negara daripada musuh.

3.Kita jangan bersikap alpa detelah negara mencapai kemerdekaan.Generasi kini mestilah sentiasa berwaspada supaya tanah air tidak dijajah lagi.


#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#

Sajak-Laut
• 06:33 • 0 comments

Tema
Sajak ini bertemakan keindahan alam semulajadi-Mengungkapkan keaguman penyajak terhadap keindahan alam,iaitu laut dan hidupan di sekitarnya serta menceritakan keindahan kehidupan nelayan yang bergantung hidup pada laut.


Gaya Bahasa

Personifikasi
Memberikan sifat manusia kepada ombak,iaitu menyapa pada rangkap 3,baris 3.

Anafora
Pengulangan frasa laut ini begitu pada rangkap 1,baris 1 hingga baris 3.

Sinkope
Penggunaan kata ku pada rangkap 3,baris 1 dan baris 2 (Kata 'ku' ialah kependekan kata 'aku')


Pengajaran

1.Kita hendaklah memelihara alam sekitar dengan sebaik-baiknya yang mungkin untuk mewujudkan keharmonian alam.

2.Kita mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki yang halal.

3.Kita mestilah menghargai anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.


#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#

Sajak-Burung-burung pagi
Monday, 1 July 2013 • 06:18 • 0 comments

TEMA
Sajak ini bertemakan kegigihan mencari rezeki-Kegigihan yang diperlihatkan oleh burung untuk mencari rezeki pada setiap hari walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan.


GAYA BAHASA

PERSONAFIKASI
Memberikan sifat manusia kepada kerja,iaitu menanti pada rangkap 2,baris 4.

SINKOPE
Penggunaan kata mu pada rangkap 1,baris 2 (Kata 'mu' ialah kependekan kata 'kamu')


PERSOALAN
1.Kita mestilah tabah dalam menghadapi cabaran kehidupan.
2.Kita mestilah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai rintangan.
3.Kita hendaklah memikirkan kesan-kesan negatif pembangunan terutamanya kepada kehidupan lain.


#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#


Sajak-Hari Guru
• 05:57 • 0 comments


TEMA
Sajak ini bertemakan tugas dan tanggungjawab guru-Tugas dan tanggungjwab guru sangat besar dan berat pada masa kini.Jasa guru tetap dikenang dan diingati pada setiap tahun dan guru mendapat pengiktirafan daripada murid-murid.


GAYA BAHASA

METAFORA
Frasa tunas bangsa yang melambangkan remaja masa kini (murid sekolah)
pada rangkap 1,baris 8.

ANAFORA
Pengulangan kata ada pada rangkap 3,baris 2 hingga baris 5.

SINKOPE
Penggunaan kata tak pada rangkap 2,baris 7 (kata 'tak' ialah kependekan kata 'tidak')


PENGAJARAN
1.Kita mestilah menghormati guru sebagai golongan yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada masyarakat.Kita boleh melakukan pelbagai cara untuk menunjukkan penghargaan kepada golongan ini seperti memberikan hadiahdan bertegur sapa apabila bertemu dengan mereka.

2.Kita hendaklah memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baik yang mungkin.Harapan ibu bapa sangat tinggi terhadap guru-guru yang mendidik anak-anak mereka.

3.Kita hendaklah tabah dalam menempuh cabaran dalam kehidupan.


#Assalamualaikum,terima kasih kepada anda yang telah membaca karang komsas saya..Harap dengan jasa baik anda,tidak 'copy' semua detail2 dalam blog saya#





Cerpen-Capa Rengat
Sunday, 16 June 2013 • 04:38 • 0 comments
 Capa Rengat 


Sinopsis
Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya.  Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto,  ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti belangkas.

            Pada sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung. Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain di  bahagian tepi paya.

            Seorang budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali, “Aku” diajak bermain  rumah katak. Setiap kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan memecahkannya.

            “Aku” cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang  dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat  atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.

            Tiba-tiba, ketika “Aku” dan Su asyik membina  jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su.  Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera.  “Aku” mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.

            Pada sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air.  “Aku” ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat  dalam tidur.
 
Setelah sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

            Dalam keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan  terkenangkan wajah Su.

Persoalan


1.  Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh:  Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.

2.  Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh:  Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.

3.  Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.

4.  Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
     Contoh:  Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.


Plot

 “Aku”
Ø  Seorang anak remaja
Ø  Menghargai alam sekitar
Ø  Proaktif dan cergas
Ø  Mempunyai pandangan bernas
Ø  Berfikiran positif

Ibu
Ø  Pertengahan usia
Ø  Tegas dengan pendirian
Ø  Sikap terburu-buru membuat keputusan
Ø  Prihatin terhadap orang lain
Ø  Berperilaku mesra

Su
Ø  Budak perempuan awal remaja
Ø  Bersikap periang
Ø  Aktif dan cergas
Ø  Bijak mengolah keadaan
Ø  Taat kepada ibu

Pakcik Kinto
Ø  Bapa saudara “Aku”
Ø  Mahir selok-belok di kampung
Ø  Mempunyai kemahiran menembak
Ø  Ikhlas melayani tetamu
Ø  Melaksanakan urusan dengan cekap
 





PAST
Meet the owner
Bounjour Alls ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Leave me a nice speak at my cbox ^^ Feel free to navigate around here :) Need some choco ? Change it Mood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p ..
>
TALKIE TALKING

" Put your cbox "

FOLLOWERS


UPDATE STATUS

♥ >> Blogskin baru
date : NOW
at:10 am


♥ >> Awok comel sangat
date : 12/12/12
at: 12pm


♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Sajak-Warkah kepada generasi
  • Sajak-Laut
  • Sajak-Burung-burung pagi
  • Sajak-Hari Guru
  • Cerpen-Capa Rengat
  • Prosa Traditional- Raja Muda
  • Cerpen-Capa Rengat
  • Cerpen-Anak penggunting Rambut
  • Syair Mendapat Gemala Naga
  • Syair-Perang Saudara Di Pahang

  • CREDIT SECTION

    <>
    Coding basecode by: Afiqah
    Edit template by:Syahira Zaharuddin's
    Owner blog:Syahira'z
    Best view:Mozilla firefox
    Others:(♥♥♥♥)

    <>